Pengenalan:

Kejayaan sesebuah negara amat bergantung kepada kualiti pemain yang dilahirkan. Pemain yang berkualiti mempunyai kemahiran bola sepak yang tinggi yang lahir daripada latihan yang sistematik daripada jurulatih yang benar-benar berpengetahuan dan berpengalaman. Semoga apabila mereka meningkat dewasa, mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dan mampu bermain dengan baik. Namun, pemain mestilah mempunyai kualiti permainan yang tinggi untuk mencapai matlamat tersebut. Melalui akademi ini diharapkan setiap peserta akan dapat menimba ilmu yang amat berguna daripada jurulatih. Pihak kami juga akan mendapat manfaat daripada pendedahan teknik latihan di dalam program ini. Semoga program ini menjadi satu usaha awal ke arah melahirkan pemain yang berkualiti terutamanya di daerah Kuantan dan dapat mewujudkan satu akademi bola sepak yang berjaya di sini.
_____________________________________________________

Objektif:
  • Memberikan pendedahan kemahiran bola sepak secara sistematik dan betul kepada peserta.
  • Menanamkan minat terhadap bola sepak dalam kalangan peserta dan masyarakat.
  • Mendedahkan peserta tentang teknik latihan dan aspek pemakanan, disiplin dan persediaan mental seorang pemain bola sepak.
  • Menjalin kerjasama antara pihak Akademi Tunas dan masyarakat dalam membantu kecemerlangan bola sepak.
  • Menanamkan minat dan kecintaan masyarakat dan peminat terhadap pasukan bola sepak.
_____________________________________________________

Matlamat:

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kemahiran bola sepak dan mencungkil bakat dalam kalangan para pemain. Program ini juga dijalankan seiring dengan seruan Program Pembangunan Bola Sepak Negara untuk meningkatkan potensi setiap pemain dari awal bangku sekolah. Program ini juga akan menjadi landasan dalam pembentukan akademi tunas bola sepak.
_____________________________________________________

Kumpulan Sasaran:

Program ini mensasarkan kumpulan kanak-kanak lelaki yang berumur 8 hingga 12 tahun.
_____________________________________________________

Aktiviti Program:

Aktiviti program ini merangkumi aspek;-
  • Latihan asas fizikal / kecergasan
  • Kemahiran asas bola sepak
  • Undang-undang bola sepak
  • Taktikal bola sepak
  • Pemakanan pemain
_____________________________________________________

Senarai Sekolah Yang Berhampiran Dengan Pusat Latihan:

# SEKOLAH JARAK
1 Sekolah Kebangsaan Sungai Soi 100 m
2 Sekolah Kebangsaan Kempadang 2 km
3 Sekolah Kebangsaan Penor 6 km
4 Sekolah Kebangsaan Cherok Paloh 9 km
5 Sekolah Kebangsaan Pooi Ming 4 km
6 Sekolah Kebangsaan Tanjung Lumpur 8 km
7 Sekolah Kebangsaan Mat Kilau 7 km
8 Sekolah Kebangsaan Permatang Badak 15 km
9 Sekolah Kebangsaan Fakeh 15 km
10 Sekolah Kebangsaan Seri Mahkota 17 km
11 Sekolah Kebangsaan Balok 30 km


_____________________________________________________

Senarai Nama Jurulatih:
  1. En. Azman bin Kasim
  2. En. Zairuddin bin Jilan
  3. En. Sheikh Mohammad Faisal bin Sheikh Ismail
  4. En. Mohd Farizal bin Mohamed Nor
  5. En. Mohd Fadzlin bin Ahmadudin
  6. En. Mohd Nassri bin Abdullah
_____________________________________________________

0 comments:

Post a Comment

 
;